Skip to main content

She was born

Assalamualaikum Wbt

Alhamdulillah, my little Zara Zulaikha was born on 17 Mac 2017. Aku tak sangka aku bersalin awal sebab ade beberapa faktor yang buat aku fikir macam tu. Sejak kandungan 33 minggu doctor scan baby kecik dari size yang sepatutnye. 2 minggu sekali cek dekat KKIA pun doctor scan size baby kecik 2-3 minggu dari yang sepatutnya. Sampai kene refer dekat pakar untuk tau punca kenapa baby kecik. Bile jadi macam tu, so aku expect baby akan keluar mid of April. Tapi pakar and nurse dah pesan suruh aku ready je.

Usia kandungan 38 minggu 4 hari, hari Jumaat 17 Mac 2017. Aku sendiri dekat rumah. Husband and in law semua kerja. Aku mcm biasa, bile sorang2 kat rumah takde kerje lain dah. Kalau tak tidur mesti aku online main phone. Macam biasa lepas hantar husband pergi kerje, aku sambung produce taik mata. Haha. Tapi terbangun around 10 lebih sebab aku rasa contraction. Tapi aku fikir ni mesti false contraction je ni sebab yela sebab aku expect baby keluar lambat lagi. So aku ignore rasa sakit and nak sambung tidur. Kot2 la boleh hilang sakit.

Setiap 15-20 minit, contraction datang. Aku tak lena dah nak tidur. Sakit nye ya Allah tapi aku tahan. Takde siapa kat rumah. Around 2.30 petang tu, orang dah habis solat jumaat, aku text husband. Aku bagi tau dia, aku dah start rasa contraction. Tapi aku boleh tahan. Lepas tu husband aku dah jadi tak tentu arah. Dia dekat shah alam ade kerja dekat sana. Terus dia cakap nak balik time tu jugak. Tapi aku cakap takpe, settle kan dulu kerja sebab aku boleh tahan lagi sakit contraction ni. Lagi pun belum turun tanda, so aku sedapkan hati, aku cakap ni mungkin false contraction.

Tapi contraction ni datang setiap 5-10 minit la pulak. Aku pun cakap dekat husband nak siap2 pergi mandi dulu ape semua. So nnt time dia dah balik boleh terus tembak pergi hospital je. Time tengah mandi tu tiba-tiba aku rasa macam ada something yang suam2 keluar. Aku tengok lendir campur darah. Terus aku gosok-gosok mata. Dalam hati aku cakap ni bukan real ni. Ni ilusi. Hahaha. Lepas tu keluar lagi lendir berdarah, huwaaaaaa ini real. Aku dah nak bersalin. Tapi air ketuban tak pecah lagi.

Habis mandi, aku text husband, aku cakap dah turun tanda dah ni. Dah nak bersalin ni. Masa tu husband dah otw balik. Elok je aku turun bawah tiba2 hujan lebat gile, and blackout. Gelap satu rumah. Dah mcm style cerita hantu da. Haha. Menangis la aku sorang2 dekat bawah sebab menahan sakit. Contraction datang setiap 5 menit and makin kuat. Tapi aku pujuk diri and kuatkan semangat.

Around 4- 4.30 petang husbandd sampai rumah, then terus gerak pergi hospital. Lepas tu nurse suruh ganti baju and nak cek CTG. Nak cek contraction. Lame jugak la dlm tu. Aku rase ade la dalam sejam. Time cek CTG tu la aku rase sakit contraction yang kaw kawwww. Yang ni mmg aku rase nak nangis sungguh. Tapi tahan. Aku selalu tanam fikiran yang aku kuat. Lepas tu doctor dtg, doctor cakap kalau belum ada bukaan boleh balik dulu. Aku okey je. Lepas tu dia seluk. Rase kene seluk tu tak sakit. Tips dia jangan tegang. Tarik nafas And rilek. Serius tak sakit. Yang sakit tu bile kau tegangkan vagina kau tu lepas tu kene seluk tu yang rase sakit. Tips ni dari kawan aku, Yasmin. Doctor cek dah 3 cm bukaan. Oh my. I cant believe it. Husband dekat luar tengah uruskan pendaftaran.

Pukul 5.30-6 petang dah boleh masuk ward. Dapat la bed single. Rezeki. Lepas tu isi perut sikit dgn susu kambing kurma and jamah dua tiga cubit pau sebab dah tak lalu nak makan. Sakit punye pasal sampai tak ingat langsung nak makan. Cuma time mandi tu aku tak sempat nak buang air besar. Terkejut tgk lendir berdarah tu punye pasal.

Husband dah text family bagi tau aku kene warded. Tunggu nak bersalin. Macam2 la tips diorg bagi suruh amalkan time dalam labour room nanti. And mase ni contraction dah sakit sangat2 da. Yang ni aku genggam tangan suami sekuat hati. Setiap 4 menit, then setiap 3 minit, aku dah tak tahan sangat2 da. Aku suruh husband panggil nurse. Nurse datang cek, dia tengok aku sakit sangat. Dia panggil dokter. Aku minta maaf dulu dekat suami. Aku dah la banyak dosa dengan husband aku. Haha. Serius aku sebak nak cakap maaf and halalkan makan minum. Mane tau ajal aku sampai mase melahirkan nnt. Huhu 😭.

Dokter cek bukaan dah 4cm. Yang ni dokter tangan besar. Serius sakit bile dia seluk. Tapi takpe aku tahan sebab aku nak mudahkan kerja dokter and nurse. Bile nurse cek dah 5cm bukaan. Tapi belum pecah air ketuban. Aku dengar dokter cakap dekat nurse kantung aku tebal and ade ape ntah lagi dia cakap. Diorg cakap kene panggil dokter (MO) tapi MO tengah busy sambut orang bersalin. Lepas dah  pecahkan ketuban, aku rase betul2 nak terberak. Rase tahi tu dah kat hujung tanduk da, nak tersembur keluar.  Dokter bagi ubat cair kan tahi and suruh aku berak tapi jgn teran. 5 menit jugak la dalam jamban. Aku ajak sekali husband masuk jamban teman aku berak. Hahahah. Nasib laaa kene bau semerbak. Bangun je dari seat toilet, laju je air ketuban and darah keluar. Aku dah risau da.

Nurse tolak wheelchair aku turun pergi labour room dekat tingkat bawah. Husband kene ikut jalan luar and tunggu dekat kerusi sampai la time dia aku nak bersalin. Pukul 7.10 malam masuk labour room. Dah ganti baju ape semua, tapi sorang nurse je yg ade dalam tu. Itu pun tengah sibbuk siapkan alat2 ape semua. Aku mase tuu dah nak rase terberak sungguh. Sakit yang aku rase tak tertanggung sangat2 lagi da. Aku dah pening kepala da. Nurse suruh aku sedut dulu gas untuk kurangkan rase sikit. Setiap minit dalam labour room aku rase lame sangat dia berjalan. Lepas tu masuk lagi sorang nurse, dia offer nak cucuk epidural ke tak. Aku laju je cakap nak sebab aku dah tak tahan sangat dah sakit. Dia pun suruh bace dulu brocher pasal procedure and side effect. Huaaa mase tu aku rase nak marah je. Aku cakap nurse serius dah tak boleh masuk dalam kepala da ape sy baca ni. Sakit sangat2. Rase nak terberak dah. Betol2 nak terberak. Tempat sedut gas tu kuat gak la aku gigit. Sampai tercabut. Aku dah pening kepala rase nak pitam. Aku sedut lagi dalam2 gas tu. Last aku cakap, nurse sy nak teran. Lepas tu dia pun dtg dekat aku, dia kate okay sy cucuk epidural ya. Bile dia cek je terkejut dia sebab dah nampak kepala baby. Mase tu aku ingat lagi pukul 7.30 malam. Tepat waktu tu dia jerit nama stuff yang lain and suruh panggil husband aku.

Husband aku masuk, nurse siap tanye lagi kat husband nak tengok tak kepala baby. Haha. Aku mase tu dah tak boleh nak fikir ape da. Okay bermula laa episode teran meneran. Nurse cakap pegang kaki dagu dekat dada jgn angkat bontot. Teran jgn keluar suara. Allahuakbar. Suami dekat sebelah and nurse yang lain bagi semangat untuk aku push. Tarik nafas panjang and push push push. Nak tercabut segala urat. Lame2 suare diorg jadi tenggelam. Sampai laa sorg nurse ni cakap bacaan jantung baby tak cantik. Allahuakbar. Tak tahu datang mane kekuatan nafas panjang aku tarik, aku push. Aku dapat  rase kene gunting tapi aku tak kisah yang penting anak aku selamat. Alhamdulillah 4 menit meneran, keluar la cahaya mata kami, Zara Zulaikha.

Skin to skin moment. Aku tak sempat nak menikmati moment tu sebab aku rase pendek nafas and sakit. Dengar Zara menangis, tapi aku terdiam kejap. Tak percaya makhluk kecil ni dah keluar dari perut aku. Husband azankan zara. Habes azan, husband kene tunggu dekat luar sementara rahim aku dibersihkan. Allahuakbar sakit belum hilang. Bile rahim kene seluk aku rase nak pengsan. Takde bius, nurse tarik2 membrane yang melekat dekat rahim. Sakitnya Tuhan je yang tahu. Belum lagi hilang sakit bersalin, tambah pulak sakit kene seluk. Lame prosedur ni. Sebab membrane tu kecik and licin, nurse tu asyik terlepas je bile dah grab. Huhu. Pukul 10.45 malam baru settle semua. Padahal anak dah keluar time magrib. Pukul 11 naik wad.

Malam tu aku sendiri dekat wad dengan anak kecil ni. Nurse ajar cara menyusu. Alhamdulillah, Zara Zulaikha anak yg sngt behave. Easy baby. Mudah aku jaga dia. Tak menangis. Merengek pun tak. Terima kasih Allah sebab mudahkan proses bersalin aku dan kurniakan aku seorang anak yang tak banyak ragam dan karenah. Mommy tak stress jaga Zara mase dekat ward. Nurse pun banyak tolong.

Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

(Borang Permohonan Nikah untuk Wanita Selangor tapi nak nikah dekat luar selangor)

Assalamualikum wbt Dalam entry kali ni aku nak share pasal step2 untuk apply surat kebenaran nikah bagi pihak perempuan yang menetap atau bermastautin di SELANGOR tapi nak nikah dekat LUAR SELANGOR contohnya Kuala Lumpur, Putrajaya dan lain-lain negeri. Kalau korang nak tahu, masa awal2 nak kahwin dulu, segala surat menyurat ni lah yang paling menyakitkan kepala. Aku duduk dekat Gombak. Tapi dalam ic gatal tulis WP Persekutuan. Haa ambik kann dah pening kepala. Tak tahu nak apply dekat JAWI or dekat JAIS. Okay pendekkan cerita, Aku jumpa terus pegawai pendaftar nikah and cerita la pasal alamat and ic yang tak sama tu. Lepas tu pegawai tu cakap 'Oh takpe, sebab gombak ni boleh dua2. Boleh selangor and boleh wilayah persekutuan. Hihi. So dah clear kat situ. So I decide nak apply yg JAIS je sebab prosedur lagi senang dari yg JAWI.  Okay, ikut je step dekat bawah ni, takyah pening kepala k 1. Buka website  http://ncr.jais.gov.my/  and then daftar baru dulu dekat box pali

First Pregnancy : Journey

Assalamualaikum Wbt. I really want to remember my first pregnancy journey. I found it beautiful and special. Sebab aku survive sorang2, jauh dari my husband and family (alone in Bandung). Tapi moral and emotional support dari husband and family sangat kuat. First Trimester Aku balik ke Bandung the day after aku positive pregnant. Aku risau and tak yakin dengan diri sendiri. Gembira tapi dalam masa yang sama banyak yang negatif aku fikir. Aku takut. Mcm mane nak jaga diri, mcm mane kalau aku mual2, nnt habes kacau aku punye requirement. (Dental student je yang faham mcm mane sakitnya nak habeskan requirement ni). Aku simpan news ni dari kawan2 aku. Husband and family je yang tau. Aku taknak kawan2 aku tau sebab 1) Aku taknak susahkan diorg. 2) Aku taknak diorg utamakan aku (pregnnt women kan selalu dpt priority) sebab aku taknak diorg kesian dekat aku 3) Aku nak buktikan aku boleh survive tanpa pertolongan kawan2 4) Sebab aku plan nak pregnant habis belajar, tapi teracciden