Skip to main content

(Borang Permohonan Nikah untuk Wanita Selangor tapi nak nikah dekat luar selangor)

Assalamualikum wbt

Dalam entry kali ni aku nak share pasal step2 untuk apply surat kebenaran nikah bagi pihak perempuan yang menetap atau bermastautin di SELANGOR tapi nak nikah dekat LUAR SELANGOR contohnya Kuala Lumpur, Putrajaya dan lain-lain negeri. Kalau korang nak tahu, masa awal2 nak kahwin dulu, segala surat menyurat ni lah yang paling menyakitkan kepala.

Aku duduk dekat Gombak. Tapi dalam ic gatal tulis WP Persekutuan. Haa ambik kann dah pening kepala. Tak tahu nak apply dekat JAWI or dekat JAIS. Okay pendekkan cerita, Aku jumpa terus pegawai pendaftar nikah and cerita la pasal alamat and ic yang tak sama tu. Lepas tu pegawai tu cakap 'Oh takpe, sebab gombak ni boleh dua2. Boleh selangor and boleh wilayah persekutuan. Hihi. So dah clear kat situ. So I decide nak apply yg JAIS je sebab prosedur lagi senang dari yg JAWI. 

Okay, ikut je step dekat bawah ni, takyah pening kepala k
1. Buka website http://ncr.jais.gov.my/ and then daftar baru dulu dekat box paling bawah sebelah kiri.
2. Lepas tu isi online Borang 1A (Akuan pengesahan permastautin), 2C (permohonan kebenaran berkahwin) and 2D (persetujuan wali dan wakalah wali)
*walaupun korang dah isi online tapi still ade yang nak diubah, still boleh ubah. Dont worry :)
3. Lepas dah betul isi ape semua detail2 tu, korang boleh print borang-borang tu semua. And download sekali senarai semak permohonan perempuan untuk rujukan lanjut.

Macam aku dulu sebab pening kepala punya pasal fikir pasal alamat dgn ic tak sama, aku bawa borang 1A dekat pegawai tu. Then dia cakap tak payah, so borang 1A tu boleh dilupakan. Hehe. So fokus untuk borang 2C and 2D. Lagi satu, borang 2D tu hanya boleh ditandatangan depan pegawai pendaftaran. Okay? Clear? Jgn excited sngt pergi tandatangan dulu. haha

Tapi yang paling penting, korang dah ada SIJIL KURSUS KAWEN, and dah buat HIV TEST dekat klinik kerajaan. Result HIV TEST klinik yang bagi. So kita takyah perlukan borang hiv test macam JAWI. Aku buat dekat klinik kesihatan Batu 8 Gombak. Kene call dulu and tanya hari apa yang boleh buat. Bukan everyday and jangan redah je pergi tau. Kene buat appointment.

My husband orang Putrajaya, so dia punya borang download dari website JAWI. Lepas dia da settle  semua and dah dapat tandatangan kebenaran kawen, borang-borang yang dah ditandatangan tu dia serahkan dekat aku.

So dekat aku ade semua borang kebenaran kawen pihak lelaki, sijil kursus kawen, result hiv test, salinan ic, salinan ic wali, salinan ic saksi (my brother and my uncle) and lepas dah double triple cek semua dokumen yang diperlukan lengkap, maka menghadaplah ktrg (my dad, my brother, my uncle and I) ke penolong pegawai pendaftaran nikah dekat kampung sg pusu (rumah dia). Dia akan cek lengkap atau tidak berserta saksi yang ada, lepas dah dapat tandatangan tu maksudnyaaaa dah boleh kawennnnn. Hihi. 

Tapi belum settle lagi. Sebab Aku kan nak nikah dekat Masjid Besi, so aku bawa semuaaaa borang-borang tu termasuk yang pihak lelaki punya ke Pejabat Agama Islam Selangor dekat Keramat. Submit je, nnt pandai laa diorg uruskan. Sebab mmg dalam borang 2C tu dah state dekat mana kita nak kahwin. Lepas tu dah buat payment Rm 10 ringgit selesai laaa sudah proses dapatkan surat kebenaran kawin. 

Besoknnya my sister yang amek kan surat kebenearan kawen luar negeri selangor, iaitu borang 3D. Borang 3D tu my sister serahkan dekat husband (Tunang masa tu), kemudian husband bawa pergi JAWI dekat Putrajaya. Nanti orang jawi yang carikan tok kadi untuk ktrg.

Oh yaa sebelum tu kene jumpe pegawai kerani dekat masjid besi untuk book date nikah 23 december tu. if available, baru boleh decide and tulis dalam borang permohonan nikah. Ni penting jugak tau! Sebelum isi apa2 dalam borang, make sure korang dah confirm date and jam berapa nak nikah dengan pihak masjid dulu.

And settle! Boleh kawen daaa.

Comments

Popular posts from this blog

She was born

Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah, my little Zara Zulaikha was born on 17 Mac 2017. Aku tak sangka aku bersalin awal sebab ade beberapa faktor yang buat aku fikir macam tu. Sejak kandungan 33 minggu doctor scan baby kecik dari size yang sepatutnye. 2 minggu sekali cek dekat KKIA pun doctor scan size baby kecik 2-3 minggu dari yang sepatutnya. Sampai kene refer dekat pakar untuk tau punca kenapa baby kecik. Bile jadi macam tu, so aku expect baby akan keluar mid of April. Tapi pakar and nurse dah pesan suruh aku ready je. Usia kandungan 38 minggu 4 hari, hari Jumaat 17 Mac 2017. Aku sendiri dekat rumah. Husband and in law semua kerja. Aku mcm biasa, bile sorang2 kat rumah takde kerje lain dah. Kalau tak tidur mesti aku online main phone. Macam biasa lepas hantar husband pergi kerje, aku sambung produce taik mata. Haha. Tapi terbangun around 10 lebih sebab aku rasa contraction. Tapi aku fikir ni mesti false contraction je ni sebab yela sebab aku expect baby keluar lambat lagi. So

First Pregnancy : Journey

Assalamualaikum Wbt. I really want to remember my first pregnancy journey. I found it beautiful and special. Sebab aku survive sorang2, jauh dari my husband and family (alone in Bandung). Tapi moral and emotional support dari husband and family sangat kuat. First Trimester Aku balik ke Bandung the day after aku positive pregnant. Aku risau and tak yakin dengan diri sendiri. Gembira tapi dalam masa yang sama banyak yang negatif aku fikir. Aku takut. Mcm mane nak jaga diri, mcm mane kalau aku mual2, nnt habes kacau aku punye requirement. (Dental student je yang faham mcm mane sakitnya nak habeskan requirement ni). Aku simpan news ni dari kawan2 aku. Husband and family je yang tau. Aku taknak kawan2 aku tau sebab 1) Aku taknak susahkan diorg. 2) Aku taknak diorg utamakan aku (pregnnt women kan selalu dpt priority) sebab aku taknak diorg kesian dekat aku 3) Aku nak buktikan aku boleh survive tanpa pertolongan kawan2 4) Sebab aku plan nak pregnant habis belajar, tapi teracciden